Skip to main content

Hal Ehwal Pelajar

  • Pengenalan HEP

    Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar adalah merupakan salah satu unit yang terpenting di dalam pentadbiran Institut Kraf Negara, Ianya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan pelajar dan bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.

    Unit ini berhasrat menjadikan kegiatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, seimbang dengan kegiatan akademik dan pelengkap utama kepada proses kemajuan diri pelajar.

    Dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab seharian terhadap kebajikan pelajar IKN, Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar berperanan membantu pihak IKN menguruskan perkara berikut:-
    • Menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar
    • Menyediakan bantuan makanan kepada pelajar
    • Menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar
    • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum Pelajar.
    • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kebudayaan Pelajar
    • Mengurus dan menyelaras aktiviti sukan pelajar
    • Menyediakan perkhidmatan pengangkutan didalam institut
    • Menyelaras kegiatan persatuan pelajar.
    • Menguruskan hal-hal kecemasan dan kematian pelajar.
    • Merancang program keusahawanan pelajar.
    • Memberi khidmat kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
    • Merancang penyediaan prasarana yang kondusif kepada pelajar.
    • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di dalam institut serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.
    • Melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpesonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.
    • Mengukuhkan jalinan antara Pengurusan IKN, pelajar dengan Alumni IKN
  • Misi, Visi & Obejktif

    Visi HEP
    Menjadi unit yang unggul dalam memberi perkhidmatan kebajikan kepada pelajar dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

    Misi HEP
    Membantu melahirkan graduan bumiputera unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

    Objektif HEP
    • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
    • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan pelajar lulusan yang bersifat holistik.
  • Carta Fungsi

    Carta Fungsi Institut Kraf Negara (Unit Hal Ehwal Pelajar)
  • Pentadbiran

    • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan sistem perkhidmatan Unit.
    • Memastikan maklumat program pengajian yang ditawarkan di IKN sampai kesasaran.
    • Merancang program dan aktiviti tahunan Unit
    • Menguruskan belanjawan, perolehan dan perbelanjaan Unit
    • Mengendalikan urusan pentadbiran am Unit.
    • Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan alumni.
    • Menguruskan urusan perkhidmatan personal Unit.
    • Menyelaras dan melaksana penempatan pelajar di kolej kediaman siswa dan siswi
    • Menyediakan rekod aset alih Unit.
    • Menyelaras pengurusan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelajar
    • Menyelaras kemudahan dan penyelengaraan kediaman pelajar.
    • Bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kediaman disediakan mengikut piawaian oleh pihak IKN.
    • Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar.
    • Menyelaras pemberian bantuan kewangan pelajar.
    • Mengedar maklumat/ risalah yang melibatkan pelajar
    • Mengurus aduan pelajar
    • Mengeluarkan laporan Unit.
  • Kebajikan Pelajar

    Pengurusan Pelajar (Pengawasan - Warden)
    1. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit
    2. Mengawal selia aktiviti keluar dan masuk pelajar pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu seperti bermalam diluar.
    3. Mengawal selia aktiviti keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke kolej kediaman.
  • Khidmat Kaunseling

    Pengenalan
    Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar sejajar dengan hasrat IKN melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri.

    Adalah diharapkan Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dapat memenuhi hasrat IKN menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling dan program pembangunan kendiri yang membantu pelajar mengenalpasti dan menggunakan potensi diri mereka. Perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh Unit ini hanyalah:-
    • Sesi Kaunseling Individu, dan
    • Kaunseling Kelompok

    Khidmat Kaunseling
    1. Khidmat kaunseling memperolehi "celik akal" (insight) dalam menangani isu-isu berkaitan diri dan juga mencapai objektif berikut adalah seperti :
    • Membantu pelajar memahami diri sendiri
    • Memberi kesedaran dan mengenal potensi diri
    • Membantu pelajar lebih berkeyakinan dalam berfikir dan membuat tindakan
    • Berupaya membuat keputusan secara bijak dan rasional
    • Meningkatkan sikap sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan melibatkan diri dalam proses pendidikan mewujudkan individu yang lebih berpuashati dan menerima dari dalam segala usaha pencapaiannya

    2. Perkhidmatan kaunseling yang berkaitan
    • Kaunseling dan psikoterapi individu
    • Kaunseling dan psikoterapi berkelompok
    • Kaunseling keluarga
    • 'Crisis intervention' dan akademik
    • Kaunseling kerjaya dan akademik
    • Kem kaunseling (seperti motivasi, kepimpinan, latihan dalam kumpulan - LDK)

    3. Penerbitan dan penyebaran maklumat berkaitan kaunseling/ kajian kaunseling

    4. Peranan sebagai tempat/sumber maklumat, perundingan, penyelidikan dan ujian

    Khidmat Runding
    1. Khidmat nasihat pembelajaran kepada pelajar secara berterusan
    2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus/latihan/bengkel pembelajaran efektif kepada pelajar serta menilai keberkesanan
    3. Membuat pemantauan proses pembelajaran pelajar secara berterusan
    4. Memberi kaunseling akademik kepada pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang
    5. Mengumpul data dan maklumat tentang hal ehwal dan keperluan pembangunan sahsiah pelajar, peningkatan motivasi, kepimpinan pelajar
    6. Memberi perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar seperti :
      • Melahirkan graduan berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, kepimpinan, berinovasi
      • Berkeupayaan berbentuk kesihatan mental, pembangunan diri dan hubungan yang positif