Pusat Kecemerlangan Kraf
Pusat Kecemerlangan Kraf adalah satu unit yang berfalsafah untuk menjadikan Institut Kraf Negara itu sebagai satu hub rujukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi kraf. Selaras dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kraf berlandaskan tiga teras utama dalam melaksanakan program-program di bawahnya:
-
Perkembangan dan Pentahapan Ilmu
-
Peningkatan Kemahiran Teknikal dan Industri
-
Pentahapan Kemahiran Kreativiti
Program-program di dalam dan di luar negara seperti seminar, simposium, bengkel, penganjuran dan penyertaan pertandingan, dan peningkatan kemahiran teknikal dan professional kakitangan merupakan antara intipati aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah tiga teras utama.
Pusat Kecemerlangan Kraf IKN turut mengadakan program kerjasama dengan beberapa pihak luar di dalam dan di luar negara dalam perlaksanakan programnya. British Council Malaysia, British Council Thailand, South Eastern Regional College, Pemain Industri Kraf dan Kreatif, Institusi Pendididkan Awam dan Swasta (UiTM, UIA dan lain-lain) adalah antara kerjasama yang pernah dijalankan bersama.
Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf di dalam enam jurusan – Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan, dan Seramik.
Setiap Jurusan menawarkan tiga jenis modul:
-
Modul 4 jam hingga 1 Hari
-
Modul 3 Hari
-
Modul 6 Hari
Program CCS turut menawarkan modul yang boleh disesuaikan kepada permintaan pengguna tertakluk kepada perbincangan lanjut.
Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan. Sekiranya berminat, sila hubungi;
atau
Encik Noorizal Ramly
Encik Azhar Ismail
Puan Nik Siti Dalila Nik Ariff