Skip to main content

Jurusan Seni Kraf Kayu

  • Pengenalan

    Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Kayu

    1. Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Kayu ialah melahirkan graduan yang berupaya :
    2. Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang kraf kayu dan berkemahiran tinggi dalam bidang ukiran;
    3. Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf kayu;
    4. Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf kayu;
    5. Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf kayu untuk pembelajaran sepanjang hayat.

     

    Di akhir program Diploma Seni Kraf Kayu, graduan berupaya :

    1. Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf kayu;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf kayu;
    3. Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf kayu;
    4. Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal kayu untuk menghasilkan produk kayu;
    5. Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf kayu;
    6. Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf kayu;
    7. Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang kayu;
    8. Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf kayu;
    9. Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang kayu.




    Objektif Pendidikan Program (PEO) Sijil Seni Kraf Kayu

    Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Kayu ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf kayu, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
    2. Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf kayu;
    3. Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf kayu.

     

    Di akhir program Sijil Seni Kraf Kayu, graduan berupaya :

    1. Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf kayu;
    2. Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf kayu;
    3. Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf kayu;
    4. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf kayu;
    5. Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf kayu;
    6. Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf kayu;
    7. Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf kayu;
    8. Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf kayu.

  • Tenaga Pengajar

    Nama Gelaran Jawatan

    Kepakaran

    Pengkhususan

    Norzehan Adli bin Muhamad Ketua Jurusan Seni Kraf Kayu Pereka Kanan Kraf Kayu
    Syahrulnizam bin Mohamad Pereka Pereka Kraf Kayu (Penyelaras Program Diploma Dan Sijil)
    Severinus bin Emor @ Amor Pembantu Pegawai Latihan Ukiran Kayu (Ukiran Halus)
    Hanapi bin Muhamad Pembantu Pegawai Latihan Produk Kayu (Perabot)
    Salihen bin Sarbini Pembantu Pegawai Latihan Ukiran Kayu
    Ridzuwan Bin Mohamad Pembantu Pegawai Latihan Produk Kayu (Perabot)
    Khairul Nizar Syah B. Abdul Jabar Pembantu Pegawai Latihan Ukiran Kayu
    Adam Bin Abd Lateh Pembantu Pegawai Latihan Kemasiapan Produk Kayu
  • Program Pengajian

    Jurusan Seni Kraf Kayu menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf kayu bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

    Program Sijil Seni Kraf Kayu (DK 102) Program Diploma Seni Kraf Kayu (SK 102)

    Program Sijil Seni Kraf Kayu (SK 102)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf kayu bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf kayu melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf kayu.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf kayu.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Kayu, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS


    Program Diploma Seni Kraf Kayu (DK 102)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf kayu tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf kayu.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf kayu.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
    • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Kayu dengan bantuan ICT.
    • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf kayu secara tradisional dan kontemporari.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Kayu, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

  • Kemudahan

    Tenaga Pengajar
    Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Senikraf Kayu. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar di bawah didikannya mendapat ilmu yang mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

    Bengkel Ukir
    Ruang bengkel yang luas dengan meja ukir yang mencukupi menjadikan pelajar-pelajar Fakulti Senikraf Kayu selesa dan bebas untuk berkarya.

    Studio
    Terdapat 3 bilik studio yang berhawa dingin di Fakulti Senikraf Kayu yang disediakan untuk para pelajar sebagai tempat perbincangan, kelas dan sebagainya. Kemudahan Wifi juga disediakan bagi memudahkan pelajar melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. Studio ini menjadi tumpuan para pelajar untuk menyiapkan kertas kerja atau folio yang wajib disediakan.

    Bengkel Jentera Dan Mesin
    Terdapat dua buah bengkel yang menyediakan pelbagai kemudahan mesin jentera dan mesin ringan yang lengkap untuk kegunaan pelajar.

    Peralatan Kecil Dan Mesin Ringan
    Pelajar juga disediakan pelbagai jenis peralatan dan mesin ringan untuk kegunaan di bengkel.

    Persekitaran Menarik
    Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan di sekitar bengkel menjadi tempat pelajar-pelajar mencari inspirasi dan mengembangkan idea.
  • Galeri

    Koleksi Hasilan Kayu

    Koleksi Hasilan Kayu

    Peralatan Dan Mesin

    Peralatan Dan Mesin

    Bengkel

    Bengkel

    Bangunan

    Bangunan

    Kelas Kayu

    Kelas Kayu

    Aktiviti Bengkel Kayu

    Aktiviti Bengkel Kayu