Skip to main content

Jurusan Seni Kraf Logam

  • Pengenalan

    Objektif Pendidikan Program (PEO) Diploma Seni Kraf Logam

    Objektif Pendidikan Program Diploma Seni Kraf Logam ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang kraf logam dan berkemahiran tinggi dalam penghasilan produk logam;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal secara kreatif, inovatif dan berteknologi dalam bidang kraf logam;
    3. Mempunyai sikap tanggungjawab, beretika dan berkomunikasi secara berkesan dalam bidang kraf logam;
    4. Mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bagi bidang kraf logam untuk pembelajaran sepanjang hayat.

     

    Di akhir program Diploma Seni Kraf Logam, graduan berupaya :

    1. Mengaplikasi pengetahuan teori dan amali secara sistematik di dalam penghasilan kraf logam;
    2. Mengaplikasikan kemahiran teknikal yang tinggi untuk menghasilkan kerja seni yang kreatif dan inovatif dalam kraf logam;
    3. Menyampaikan maklumat secara visual, lisan dan bertulis   dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf logam;
    4. Mengolah idea secara inovatif dan kritis dalam penyelesaian asas bidang teknikal logam untuk menghasilkan produk logam;
    5. Berinteraksi dan berkolaborasi di dalam kerja berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf logam;
    6. Menguasai kemahiran penggunaan teknologi digital secara beretika bagi pengurusan maklumat dalam menyampaikan idea untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf logam;
    7. Menjalankan aktiviti keusahawanan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang logam;
    8. Mengamalkan kemahiran kerja beretika secara profesional dalam pembangunan industri kraf logam;
    9. Mengambil bahagian dalam pelaksanaan kepimpinan dan bertanggungjawab di dalm bidang logam.


    Objektif Pendidikan Program (PEO) Sijil Seni Kraf Logam

    Objektif Pendidikan Program Sijil Seni Kraf Logam ialah melahirkan graduan yang berupaya :

    1. Mempunyai asas ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kraf logam, asas keusahawanan dan asas komunikasi;
    2. Mempunyai asas kemahiran kreatif, asas teknikal dan teknologi dalam bidang kraf logam;
    3. Menunjukkan sikap tanggungjawab dan beretika dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang kraf logam.

     

    Di akhir program Sijil Seni Kraf Logam, graduan berupaya :

    1. Memahami pengetahuan asas teori di dalam penghasilan kraf logam;
    2. Mengaplikasikan asas kemahiran amali teknikal untuk menghasilkan kerja seni dalam kraf logam;
    3. Menyampaikan idea secara visual, lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam kraf logam;
    4. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dalam penghasilan kraf logam;
    5. Berinteraksi di dalam kerja berkumpulan bagi meningkatkan mutu dan kualiti penghasilan kraf logam;
    6. Menggunakan asas kemahiran teknologi digital secara beretika dalam menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam kraf logam;
    7. Menjalankan aktiviti asas keusahawanan dalam pembangunan kerjaya bidang kraf logam;
    8. Bertanggungjawab dan mengamalkan etika bekerja yang selamat dalam bidang kraf logam.

  • Tenaga Pengajar

    Nama Gelaran Jawatan

    Kepakaran

    Pengkhususan

    Mohd Sazali bin Mohd Yusop Ketua Jurusan Seni Kraf Logam Pereka Kraf Logam (Jewellery)
    Mohd Noor Irdzany bin Noh Pereka Pereka Kraf Logam (Jewellery) (Penyelaras Program Diploma dan Sijil)
    Che Abdul Malek bin Awang Pembantu Pegawai Latihan Kanan Kraf Logam (Jewellery)
    Amirul Naim Ahmad Faizal Pembantu Pegawai Latihan Kraf Logam (Jewellery)
    Mohd Zaimi bin Osman Pembantu Pegawai Latihan Kraf Logam (Wares)
    Abd Aziz bin Sulong Pembantu Pegawai Latihan Kraf Logam (Wares)
  • Program Pengajian

    Jurusan Seni Kraf Logam menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf logam bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

    Program Sijil Seni Kraf Logam (SK 103) Program Diploma Seni Kraf Logam (DK 103)

    Program Sijil Seni Kraf Logam (SK 103)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Logam bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Logam melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Logam.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Logam.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Logam, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil : 65 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS


    Program Diploma Seni Kraf Logam (DK 103)


    SINOPSIS
    Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Logam tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

    HASIL PEMBELAJARAN
    Di akhir Program ini :
    • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Logam.
    • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Logam.
    • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
    • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf logam bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
    • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
    • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Logam dengan bantuan ICT.
    • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Logam secara tradisional dan kontemporari.

    PELUANG KERJAYA
    Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Logam, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

    Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
    Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma : 90 jam kredit

    STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

  • Kemudahan

    Tenaga Pengajar
    Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada para pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Senikraf Logam. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan pengetahuan yang sekata serta mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

    Bengkel
    Ruang bengkel yang luas dan selamat serta meja tukang yang mencukupi bagi para pelajar Fakulti Senikraf Logam selesa dalam menghasilkan produk mereka.
    logam logam logam

    Studio
    Di Fakulti Senikraf Logam juga terdapat bilik studio yang dilengkapi penghawa dingin, komputer dan projektor yang telah disediakan kepada para pelajar dalam sesi pembelajaran, perbincangan, kelas teori serta kelas rekaan. Kemudahan Wifi juga disediakan bagi memudahkan pelajar melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan kajian. Studio ini juga digunakan untuk para pelajar menyiapkan laporan serta folio bagi produk yang dihasilkan.

    Bengkel Jentera Dan Mesin
    Di bengkel Fakulti Senikraf Logam juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan mesin jentera yang lengkap untuk kegunaan para pelajar.

    Peralatan Kecil Dan Mesin Ringan
    Pelajar juga disediakan dengan pelbagai jenis peralatan dan mesin ringan untuk kegunaan dalam bengkel.

    Persekitaran Menarik
    Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan di sekitar bengkel menjadi tempat para pelajar berehat serta berbincang untuk mencari inspirasi dan mengembangkan idea.
  • Galeri

    Koleksi Hasilan Logam

    Koleksi Hasilan Logam

    Studio

    Studio

    Peralatan Dan Mesin

    Peralatan Dan Mesin

    Bengkel

    Bengkel

    Bangunan

    Bangunan

    Kelas Logam

    Kelas Logam

    Teknik Cincin Tuangan Tulang Sotong

    Teknik Cincin Tuangan Tulang Sotong

    Kacip Pinang

    Kacip Pinang

    Aktiviti Bengkel

    Aktiviti Bengkel

  • Facebook