Skip to main content

Pusat Kecemerlangan Kraf

Pusat Kecemerlangan Kraf adalah satu unit yang berfalsafah untuk menjadikan Institut Kraf Negara itu sebagai satu hub rujukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi kraf.  Selaras dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kraf berlandaskan tiga teras utama dalam melaksanakan program-program di bawahnya:

  • Perkembangan dan Pentahapan Ilmu

  • Peningkatan Kemahiran Teknikal dan Industri

  • Pentahapan Kemahiran Kreativiti

Program-program di dalam dan di luar negara seperti seminar, simposium, bengkel, penganjuran dan penyertaan pertandingan, dan peningkatan kemahiran teknikal dan professional kakitangan merupakan antara intipati aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah tiga teras utama.

Pusat Kecemerlangan Kraf IKN turut mengadakan program kerjasama dengan beberapa pihak luar di dalam dan di luar negara dalam perlaksanakan programnya.  British Council Malaysia, British Council Thailand, South Eastern Regional College, Pemain Industri Kraf dan Kreatif, Institusi Pendididkan Awam dan Swasta (UiTM, UIA dan lain-lain) adalah antara kerjasama yang pernah dijalankan bersama.

Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf di dalam enam jurusan – Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan, dan Seramik.

Setiap Jurusan menawarkan tiga jenis modul:

  • Modul 4 jam hingga 1 Hari

  • Modul 3 Hari

  • Modul 6 Hari

Program CCS turut menawarkan modul yang boleh disesuaikan kepada permintaan pengguna tertakluk kepada perbincangan lanjut.

Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan.  Sekiranya berminat, sila hubungi;

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

atau

Encik Noorizal Ramly  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6016 626 7244

Puan Wannor binti Hassan  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6012 385 3004

Encik Azhar Ismail This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6017 636 4287 


Pakej Studio Kraf Kreatif

Sila imbas atau klik pada imej QR Code untuk pakej lengkap.