Skip to main content

Berita Terkini

04 August 2026

Kunjungan Hormat Oleh Tourism Selangor dan Badan Pengurusan Gombak Hulu-Langat Geopark

Institut Kraf Negara (IKN) menerima lawatan rasmi daripada Yang Berusaha Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif, Tourism Selangor bersama-sama delegasi Badan Pengurusan Gombak Hulu-Langat Geopark (GHL Geopark) sempena Kunjungan Hormat oleh Badan Pengurusan Gombak Hulu-Langat Geopark (GHL Geopark). Delegasi lawatan disambut oleh Pengarah Kanan, Pengurusan IKN serta Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara Tourism Selangor menerusi GHL Geopark serta bertujuan untuk memperkukuh promosi pelancongan, warisan dan kraf yang terdapat di daerah Gombak. Delegasi lawatan dibawa melawat kesemua bengkel dan galeri Jurusan Seni Kraf IKN serta Bengkel Inkubator Batik Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan.
    
3
10
15
13
8
7
14
2
9
4
6
11
5
1
12