Latihan Industri
-
Pengenalan
Latihan industri merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh pelajar untuk satu tempoh tertentu bagi memenuhi keperluan Program dan syarat untuk tujuan penganugerahan Sijil Seni Kraf atau Diploma Seni Kraf.
Sepanjang mengikuti latihan industri ini, pelajar akan ditempatkan di organisasi, industri atau usahawan kraf yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pelajar akan menjalankan tugas yang diberi oleh penyelia yang bersesuaian dengan tujuan latihan.
Proses latihan industri bermula dengan persiapan pelajar menghadapi latihan industri sehingga selesai. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan sebenar. Selain itu, pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran berkaitan bidang yang telah dipelajari semasa di Institut Kraf Negara (IKN).
Setiap pelajar yang menjalani latihan industri perlu mengisi dan merekodkan setiap aktiviti yang dilakukan semasa latihan di dalam Buku Log Latihan Industri Pelajar yang telah disediakan oleh IKN.
Seksyen Akademik & Kemahiran Kraf
Institut Kraf Negara -
Objektif
- Membina personel / individu yang bertanggungjawab;
- Berkomunikasi dengan berkesan;
- Mengamalkan etika dan peraturan kerja;
- Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar;
- Memberi peluang supaya boleh menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran
- semasa dalam pengajian; dan
- Menghasilkan laporan latihan industri dalam bentuk laporan teknikal
-
Pegawai Bertanggungjawab
Pengurusan Latihan Industri Institut Kraf Negara
Nama Jawatan Emel No. Dihubungi Saihazra Izreen Binti Hamzah Ketua Unit Pengurusan Akademik saihazra@ kraftangan.gov.my Samb. 402 Noor Asdalina Binti Hashim Ketua Penyelaras asdalina@ kraftangan.gov.my Samb. 424
Makluman am untuk dihubungi :
Pengarah Kanan
Institut Kraf Negara
No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Selangor
Telefon : 03-60915322
Faksimili : 03-60926072