Skip to main content
  • "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera."

    Selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kraftangan Malaysia, agensi peneraju dalam kecemerlangan dan pembangunan industri kraf negara agar kekal mampan dan berdaya saing di peringkat global. Kraftangan Malaysia juga merupakan agensi unggul yang bertanggungjawab mengkomersialkan produk kraf melalui pembangunan pemasaran, dan keusahawanan.

    YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali
    Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
  • "Selamat Datang ke Portal Rasmi Institut Kraf Negara (IKN)"

    Dalam peredaran dunia yang semakin canggih dan dinamik, kita tidak seharusnya melupakan warisan dan budaya bagi memantapkan jati diri bangsa. Sebagai salah sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan perintis dalam mengekalkan warisan kraf negara, IKN mengambil langkah untuk melahirkan para graduan yang berkemahiran dan berilmu dalam mewarisi dan mengekalkan warisan budaya turun temurun disulami dengan kemahiran teknologi.

    Encik Shamsul Azizi Samsudin
    Pengarah Kanan, Institut Kraf Negara