Berita Terkini
15 Ogos 2026
Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial dan Pasca Bencana) Siri 2 Daerah Gombak 2026
Pelajar Institut Kraf Negara (IKN) dijemput bersama-sama menyertai Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial dan Pasca Bencana) Siri 2 Daerah Gombak 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia melalui pembelajaran dan pengalaman secara amali dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat. Bagi siri kali ini, aktiviti utama yang akan dijalankan ialah pengisian kemampanan alam sekitar melalui aktiviti mendaki (hiking) dan mengutip sampah (plogging).