Skip to main content

Berita Terkini

10 Jun 2026

Pameran Korporat IKN Sempena Majlis Lantera Batik 2026: Menyinari Seni Budaya Adibusana Warisan Perak

Menjunjung Kasih Tuanku.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Pameran Korporat IKN sempena Majlis Lantera Batik 2026 : Menyinari Seni Adibusana Warisan Perak di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris disambut oleh Encik Shamsul Azizi bin Samsudin, Pengarah Kanan IKN dan tetamu jemputan majlis.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencerminkan sokongan berterusan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan negeri Perak khususnya dalam memperkasa industri batik yang bernilai tinggi.

Daulat Tuanku.

4
5
1
2
3