Berita Terkini
10 Januari 2025
Bengkel Pemetaan Kurikulum MQA Program Diploma Dan Sijil Serta Noss Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Sekitar Bengkel Pemetaan Kurikulum MQA Program Diploma dan Sijil serta NOSS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dianjurkan oleh Institut Kraf Negara (IKN) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bengkel ini dilaksanakan bagi menyeragamkan pengajaran dan pembelajaran tenaga pengajar dan pelajar bagi Program Diploma, Sijil Seni Kraf serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah pemetaan dengan penglibatan tenaga pengajar daripada 6 Jurusan Seni Kraf IKN.