Skip to main content

Berita Terkini

01 Oktober 2026

Bicara Kraf Antarabangsa Sempena MICF 2026

Institut Kraf Negara (IKN) menerusi Kraftangan Malaysia mengadakan Program Bicara Kraf Antarabangsa bertajuk "Timeless Hand, Modern Times : Keeping Ancient Craft Alive" sempena Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 bertempat di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bersama-sama Pengurusan Kraftangan Malaysia.

Buat julung kalinya, program yang dihadiri seramai 375 orang peserta terdiri daripada pemain industri, wakil akademik dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dibarisi oleh panel-panel jemputan khas di peringkat tempatan dan antarabangsa seperti dari negara New Zealand, Uzbekistan, Sri Lanka, Indonesia, China serta India. Sepanjang prrogram ini diadakan, panel jemputan khas telah berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dari pelbagai perspektif dalam usaha memelihara, memperkasa serta memastikan warisan kraf kekal relevan untuk generasi akan datang.

5
3
2
1
4
6