Program Creative Craft Studio (CCS), Institut Kraf Negara (IKN) Bersama Sasana International School (SIS) 2026
PROGRAM CREATIVE CRAFT STUDIO (CCS), INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) BERSAMA SASANA INTERNATIONAL SCHOOL (SIS)
Pada 15, 16, 18 Jun dan 19 Jun 2026, kami berbesar hati menerima penyertaan Program CCS, IKN dari Sasana International School. Ini merupakan penyertaan sekolah kali kelima sejak program kerjasama ini dimulakan pada tahun 2022.
Pada kali ini, para pelajar mengikuti modul kemahiran kraf 4 hari menerusi 4 jurusan seni kraf. Seramai 108 orang pelajar sekolah menengah lingkungan umur di antara 15 hingga 18 tahun yang menyertainya. Para pelajar dipecahkan berdasarkan tahap kelayakan umur. Pecahan kumpulan peserta adalah seperti berikut :
Jurusan Seni Kraf Batik
- 18 orang pelajar : Produk kain 1 meter gabungan teknik batik terap dan batik canting.
Jurusan Seni Kraf Logam (Advance Level)
- 15 orang pelajar : Produk gelang tangan dengan permata teknik membentuk, memotong, menebuk tembus, menggergaji, dome timbul, mencantum, membuat ikatan batu permata (bungkus) dan kemasan.barang kemas.
Jurusan Seni Kraf Logam (Basic Level)
- 15 orang pelajar : Produk kutleri teknik pembentukan logam.
Jurusan Seni Kraf Seramik (Advance Level)
- 15 orang pelajar : Produk dulang hidangan teknik kepingan.
Jurusan Seni Kraf Seramik (Basic Level)
- 15 orang pelajar : Produk mangkuk teknik lingkaran.
Jurusan Seni Kraf Rotan (Advance Level)
- 15 orang pelajar : Produk bangku mini teknik jalinan kerangka.
Jurusan Seni Kraf Rotan (Basic Level)
- 15 orang pelajar : Produk bakul buah teknik tiang dan anyam.
Semoga Program CCS ini memberikan pengalaman yang bermakna dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang seni kraf. Pihak IKN melahirkan penghargaan kepada SIS dalam menyokong dan melestarikan kraf ke arah pendidikan era baharu. Diharapkan jalinan kerjasama antara IKN dan SIS akan terus berkembang dalam memperkukuh pendidikan seni kraf.
Mari Sertai Program Creative Craft Studio (CCS) IKN!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan peluang menyertai program CCS kami.