Program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) Bersama Encik Kamarudin bin Anuar dari Sarawak 2026
Selangor | 8 Jun –12 Jun 2026
Pusat Kecemerlangan Kraf kali ini menerima penyertaan Encik Kamarudin bin Anuar dari Sarawak. Beliau adalah seorang pereka yang mempunyai butik fesyen. Hasrat beliau adalah untuk menimba ilmu kemahiran batik, sebagai nilai tambah kepada perniagaan beliau. Encik Kamaruddin juga bercadang untuk menyertai pertandingan Fesyen selesai program ini.
Beliau telah menyertai program tersuai 5 hari. Program ini mengandungi dua modul, Batik Canting dan Batik Blok. Kami suaikan program ini setelah berbincang bagi mendapatkan gambaran keseluruhan keperluan beliau. Kami rangka modul yang merangkumi, proses melakar, memadan warna dan mencipta corak batik di permukaan fabrik.
Menurut Encik Kamarudin, pengalaman ini bukan sahaja menambah kemahiran, malah membuka ruang perspektif yang baharu. Beliau turut bereksperimen dengan idea dan reka corak sendiri, sekaligus menghasilkan karya yang mencerminkan identiti serta sentuhan kreatifnya.
Kami ucapkan Tahniah atas kejayaan beliau menghasilkan sehelai kain batik canting dan sehelai kain batik terap dua lapis.
Mari sertai Program Creative Craft Studio (CCS) IKN!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan peluang menyertai program CCS kami.