
Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja merupakan pertandingan berprestij dalam mencungkil bakat dan memberi pengiktirafan kepada artisan Tenun Pahang Diraja. Dinamakan sempena Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah binti Almarhum Sultan lskandar AI-Haj, Piala Tunku Azizah ini menjadi platform penting dalam mengangkat martabat warisan Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semangat dan kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kepada Tenun Pahang Diraja yang sekian lama menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan warisan Tenun Pahang sehingga tercetusnya idea Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja sekali gus bermatlamat melestari industri kraf tenunan yang mapan.
OBJEKTIF
- Mewujudkan Platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain Tenun Pahang Diraja yang berkualiti dan bermutu tinggi.
- Mencungkil bakat penenun yang kreatif dan inovatif untuk mencipta hasilan Tenun Pahang Diraja yang berestetika tinggi dari aspek rekaan, teknik dan kemahiran yang mempunyai nilai komersial.
- Mengangkat dan melestarikan budaya dan warisan seni kraf Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
TERMA dan SYARAT
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Penyertaan pertandingan ini dibuka secara individu atau berkumpulan yang tidak melebihi 3 orang ahli. Penyertaan produk mesti menerapkan NILAI WARISAN MALAYSIA, dalam aspek rekaan motif, wama, teknik, amalan budaya dan lain-lain yang bersesuaian.
- Penyertaan WAJIB menghasilkan KAIN SAMPING dan SARUNG CORAK BERAGI mengikut spesifikasi di bawah:
- KAIN SAMPING CORAK BERAGI berukuran: 100 inci panjang x 38 inci lebar (250 cm x 96 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Kaki Kain
- KAIN SARUNG CORAK BERAGI berukuran: 80 inci panjang x 42 inci lebar (205 cm x 106 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Kaki Kain.
- Penghasilan produk hendaklah menggunakan kaedah pembentukan tangan seperti yang termaktub dalam definisi kraf tangan yang digariskan oleh UNESCO. Penggunaan mesin tidak dibenarkan.
- Idea rekaan perlulah asli daripada peserta dan bukannya hasil tiruan. Waiau bagaimanapun, ilham inspirasi daripaaa produk sedia ada perlu pengesahan kebenaran.
- Perlindungan idea reka kraf (Akta Perlindungan Harta lntelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
- Produk tidak pernah menerima apa-apa anugerah sebelum ini atau memenangi pertandingan dalam dan luar negara.
- Pihak penganjur berhak melantik panel penilai bagi tujuan penilaian produk dan keputusan adalah muktamad. Borang yang tidak lengkap dikira GAGAL.
- Segala kos penyertaan, penghantaran dan pemulangan produk adalah di bawah tanggungan peserta dan bagi peserta yang tidak mendapat tempat dalam pertandingan boleh menuntut produk dalam masa 30 hari selepas pengumuman pemenang pertandingan akhir.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan termasuklah kos kerosakan atau kehilangan produk sebelum atau selepas penyertaan dan penghantaran produk.
- Sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
- Produk pemenang tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga adalah menjadi hak milik penganjur.
- Penganjur juga berhak menggunakannya bagi tujuan pemasaran dan publisiti pada masa hadapan di mana-mana media sosial.
- Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau membatalkan kemenangan sekiranya terdapat bukti pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
PROSEDUR PERTANDINGAN
PERINGKAT SARINGAN
- Setiap penyertaan perlu mempunyai :
- Keterangan produk (350-500 patah perkataan)
- Tema
- Konsep
- Lukisan persembahan produk. Lukisan ini perlu dibuat di atas kertas A3
- Keterangan produk (350-500 patah perkataan)
- Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 30 April 2025.
- Peringkat saringan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
- Kecemerlangan (Excellence)
- Warisan (Heritage)
- Komersil (Commercial)
- Persembahan (Presentation)
PERINGKAT AKHIR
- Hanya dua puluh (20) penyertaan yang melepasi penilaian di peringkat saringan akan dipilih ke peringkat akhir.
- Penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir perlu menyiapkan produk mengikut tempoh yang ditetapkan. Tarikh hantar produk siap pada
18 Ogos 2025. Urus setia akan menghubungi peserta yang layak ke peringkat akhir. - Peringkat akhir akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
- Keaslian (Authenticity)
- Pertukangan (Craftmanship)
- lnovasi (Innovation)
- Pembentangan (Presentation)
HADIAH PERTANDINGAN
TEMPAT PERTAMA RM30,000.00 berserta Piala & Sijil
TEMPAT KEDUA RM20,000.00 berserta Piala & Sijil
TEMPAT KETIGA RM10,000.00 berserta Piala & Sijil
LIMA HADIAH SAGU HATI RM3,000.00 berserta Piala & Sijil
Sila muat turun borang penyertaan dan emelkan kepada
Sila hantarkan borang penyertaan ini bersama konsep dan keterangan rekaan kepada :
URUS SETIA
Piala Tunku Azizah
Pertandingan Tenun Pahang Diraja
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Pahang
Lot 30850 Kampung Pandan II
Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu
26070 Kuantan, Pahang
Tel : 609 - 538 5677
Fax : 609 - 538 4528
Portal Rasmi : https://www.ikn.edu.my/pialatunkuazizah
ATAU e-mel kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Setiap penyertaan yang dihantar akan menerima emel balasan sebagai pengesahan penerimaan secara rasmi daripada urus setia.
Pemberitahuan : Walaupun segala usaha akan dibuat untuk menghubungi peserta Pusingan Pertama dan peserta Pusingan Kedua pada atau sebelum tarikh yang dijadualkan, penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan menghubungi peserta. Sila pastikan kesemua butir-butir Borang Penyertaan diisi dengan lengkap dan tepat dan peserta boleh dihubungi sepanjang masa.
PERTANYAAN :
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :
Encik Juhari bin Azmi : 012-429 2549
Cik Zurainah binti Umor : 017-349 4209
BORANG PENYERTAAN PIALA TUNKU AZIZAH



