Skip to main content

Kemudahan Awam

Surau

Surau

Program dan aktiviti di jalankan di surau yang mampu menempatkan 200 jemaah.
Kafeteria (D'Santai)

Kafeteria (D'Santai)

Pihak pengurusan menyediakan kemudahan kafeteria kepada semua anggota kerja, pelajar dan pelawat beroperasi daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja sahaja.
Pengangkutan

Pengangkutan

Sebanyak 4 jenis pengangkutan yang disediakan di Institut Kraf Negara iaitu bas, van, kereta dan MPV.

Kemudahan Teknologi Maklumat

Institut Kraf Negara menyediakan kemudahan prasarana ICT yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan akses meluas kepada maklumat atas talian terutama bagi kemudahan pelajar dan tenaga pengajar kraf seiring arus teknologi dalam dunia pendidikan. Kemudahan komputer yang terkini di Makmal Komputer memberikan keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran.

Kemudahan wifi di Institut Kraf Negara khusus bagi menyokong PdP telah disediakan di kawasan tumpuan pelajar seperti di Bangunan Pusat Pelajar dan Bangunan Pentadbiran. Selain itu juga, capaian wifi di kediaman siswa dan siswi turut disediakan bagi memastikan pelajar mempunyai capaian ke internet bagi tujuan PdP. Institut Kraf Negara juga telah berusaha meningkatkan internet jalur lebar (bandwith) dari masa ke semasa bagi membolehkan capaian lebih pantas kepada akses atas talian kepada seluruh warga kerja Institut Kraf Negara.

Komputer di perpustakaan juga disediakan dan dibuka kepada pelajar mulai jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Selain itu, Institut Kraf Negara telah mewujudkan akaun emel kepada semua pelajar yang menggunakan platform Microsoft Teams Education bagi kemudahan PdP.

  • Makmal Komputer 2
  • Makmal Komputer 1
  • Makmal Komputer 3


    Makmal Komputer

    1. Muatan seramai 40 orang pada satu masa.
    2. Dilengkapi perisian komputer seperti adobe photoshop dan illustrator, microsoft office dan lain-lain.
    3. Kegunaan untuk kelas rasmi sahaja.

    Studio Pengambaran

    1. Bilik Studio Pengambaran (Bangunan Jurusan Seni Kraf Rotan) dan kamera bagi tujuan suntingan video ringkas.

    Lain-Lain Peralatan ICT

    1. Projektor LED pasang tetap ini terdapat di Dewan Cindai, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah, Makmal Komputer dan Studio.
    2. Projektor LED Mobil 
    3. Laptop Peminjaman
    4. Webcam dan Headset 

    Sudut Info (Perpustakaan)

    1. Terdapat lapan (8) buah PC yang disediakan kepada pelajar.
    2.  Mencari buku dan sumber rujukan di dalam perpustakaan melalui Sistem Ilmu.

    3.  Untuk pelajar membuat cetakan hasil kerja/tugasan.

    Kemudahan Internet Dan Wifi

    1. Pejabat;
    2. Makmal Komputer;
    3. Perpustakaan;
    4. Bangunan Pentadbiran;
    5. Bangunan Pelajar;
    6. Bengkel;;
    7. Asrama Siswa dan Siswi.

    Sistem Dan Aplikasi

    1. Portal IKN : www.ikn.edu.my
    2. Sistem Pengurusan Kampus (CMS)
      i.Pendaftaran Kemasukan Dalam Talian
      ii.Portal Pelajar
      iii.Sistem Alumni
    3. Sistem WILMU (Perpustakaan)
    4. Sistem Aduan
    5. Permohonan Lawatan Rasmi Ke IKN secara dalam talian



    Hubungi Kami
    PUAN ZURINA BINTI JAMALUDDIN
    Unit Pengurusan Maklumat
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03-60915322 samb. 171

    Kemudahan Perpustakaan

    Terminal Katalog Pepustakaan (Web OPAC)

    Terminal Katalog Pepustakaan (Web OPAC)

    Web OPAC (Online Public Access Catalog) merupakan katalog awam atas talian yang digunakan bagi membuat carian pelbagai jenis bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan seperti buku, majalah dan sebagainya. Pengguna boleh mengakses katalog perpustakaan melalui terminal yang disediakan di aras atas dan bawah.

    Kebaikan menggunakan web OPAC :
    • Anda boleh membuat carian buku yang terdapat dalam koleksi perpustakaan secara online.
    • Anda boleh membuat tempahan buku untuk pinjaman.
    • Anda boleh melihat senarai dan maklumat bahan yang dipinjam.
    • Menjimatkan masa dan kos perjalanan.
    Web OPAC boleh diakses melalui laman web ilmu.ikn.gov.my
    Karel Terbuka

    Karel Terbuka

    Pengguna yang memerlukan privacy untuk belajar boleh menggunakan Karel Terbuka. Terdapat 19 unit karel terbuka disediakan untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.
    Kemudahan Internet dan Wi-Fi

    Kemudahan Internet dan Wi-Fi

    Semua komputer yang terdapat di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Pengguna juga boleh membuat capaian atas talian ke laman web global serta menggunakan perisian Microsoft Office. Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan akses kepada 'internet tanpa wayar' atau Wi-Fi kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang dapat mengakses isyarat Wi-Fi. Pengguna perlu mendapatkan kata laluan daripada Unit Teknologi Maklumat, IKN terlebih dahulu untuk menggunakan Wi-Fi.
    Cetakan & Mesin Fotokopi

    Cetakan & Mesin Fotokopi

    Perpustakaan menyediakan perkhidmatan cetakan berkomputer untuk bahan-bahan, artikel dan sebagainya. Pelajar boleh menggunakan mesin fotokopi yang disediakan di aras atas dan bawah perpustakaan. Pelajar diingatkan bahawa fotokopi bahan perpustakaan adalah tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987. Pelajar dikenakan bayaran seperti berikut
    • Kertas A4 (Hitam) - Min RM 0.10/helai
    • Kertas A4 (Warna) - Maks RM 1.00/helai
    • Kertas A3 (Hitam) - Min RM 0.20/helai
    • Kertas A3 (Warna) - Maks RM 2.00/helai
    Ruangan Membaca

    Ruangan Membaca

    Ruangan yang ditempatkan di aras atas dan bawah perpustakaan memudahkan pengguna untuk membuat rujukan. Pengguna juga disediakan ruang selesa untuk perbincangan kumpulan.
    Lokar Berkunci

    Lokar Berkunci

    Pengguna boleh menyimpan barang persendirian menggunakan loker berkunci yang disediakan berhampiran pintu masuk utama perpustakaan. Sewaan Lokar menggunakan wang syiling 50 sen setiap kali digunakan. Pengguna dinasihatkan tidak menyimpan barangan berharga. Pihak Perpustakaan tidak akan beratanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang persendirian milik pengguna.

    Kemudahan Pengajian

    Kolej Kediaman Siswa

    Kolej Kediaman Siswa

    Kolej Kediaman yang terdiri dari dua blok ini mempunyai 80 bilik bagi menempatkan kemudahan penginapan kepada 320 orang pelajar dan seramai 4 orang pelajar ditempatkan dalam satu bilik. Kolej Kediaman tersebut juga menyediakan kemudahan asas untuk para pelajar seperti kafeteria dan bilik rehat.
    Kolej Kediaman Siswi

    Kolej Kediaman Siswi

    Kolej Kediaman yang terdiri dari dua blok ini mempunyai 80 bilik bagi menempatkan kemudahan penginapan kepada 320 orang pelajar dan seramai 4 orang pelajar ditempatkan dalam satu bilik. Kolej Kediaman tersebut juga menyediakan kemudahan asas untuk para pelajar seperti kafeteria dan bilik rehat.
    Kafeteria (Dewan Makan)

    Kafeteria (Dewan Makan)

    Kafeteria yang mampu memuatkan seramai 300 orang pada satu masa dan dilengkapi dengan peralatan dapur.
    Dewan Serbaguna

    Dewan Serbaguna

    Dewan Cindai yang mampu memuatkan 500 orang ini digunakan untuk acara-acara rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis suai kenal, seminar dan sebagainya.
    Dewan Auditorium

    Dewan Auditorium

    Dewan Auditorium yang mampu memuatkan 170 orang ini digunakan untuk beberapa aktiviti seperti kursus, taklimat dan juga kuliah.
    Padang Bola Sepak

    Padang Bola Sepak

    Padang permainan yang digunakan untuk beberapa aktiviti kokurikulum seperti bola sepak dan sebagainya.
    Gelanggang Tenis

    Gelanggang Tenis

    Terdapat 6 gelanggang yang disediakan untuk aktiviti kokurikulum seperti Gelanggang Badminton, Gelanggang Tenis, Gelanggang Sepak Takraw dan sebagainya.
    Bilik Theatretrette

    Bilik Theatretrette

    Bilik Theatretrette yang mampu memuatkan 150 orang ini digunakan untuk beberapa aktiviti seperti kursus, taklimat dan juga kuliah.