Kunjungan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) 2026
20 Julai 2026 – Institut Kraf Negara (IKN) telah menerima kunjungan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Creative Craft Studio (CCS) di IKN.
Lawatan ini diadakan untuk memberi penerangan awal mengenai pakej dan modul CCS yang ditawarkan oleh Pusat Kecemerlangan Kraf. Melalui sesi perbincangan tersebut, pihak JKMWPKL berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan kandungan kursus, tempoh pelaksanaan serta pendekatan latihan yang sesuai dengan keperluan peserta.
Hasil perbincangan, JKMWPKL telah menyatakan minat untuk melaksanakan Modul Kemahiran Logam selama dua (2) hari dengan penyertaan 10 orang pelatih. Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada Ogos 2026.
Diharapkan Program CCS ini dapat memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam bidang kraf kepada para pelatih, sekali gus memupuk minat mereka terhadap industri kraf tempatan. Institut Kraf Negara turut menghargai kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh JKMWPKL dalam usaha memperkasa pendidikan kemahiran serta memelihara warisan kraf negara.