Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (MIDI) 2024
4 September 2024 (Rabu) - Pembuka kisah di bulan September, kami menerima kunjungan dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (MIDI). Mereka seramai 15 orang penuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen dan Pemasaran bersama 3 orang pensyarah. Turut serta juga 12 orang tenaga pengajar TVET menyertai program CCS Modul Kemahiran Batik Canting / Lukis. Mereka menghasilkan produk hiasan dinding berukuran 11 inci x 11 inci.
Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta CCS kerana berjaya menghasilkan karya hanya dalam masa 1 jam sahaja. Semoga pengalaman baharu ini dapat mendidik warga belia mencintai produk kraf.
Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio