Skip to main content

Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Sasana International School (SIS) 2024

20 - 21 Jun 2024 & 24 - 25 Jun 2024 - Ini merupakan tahun ketiga SIS menyertai program CCS IKN. Kali pertama adalah pada tahun 2022. Modul Kemahiran Kraf selama 4 Hari yang membabitkan 5 jurusan telah dilaksanakan pada tahun ini. 

Seramai 83 orang pelajar yang berumur 15 hingga 17 tahun terlibat dalam modul ini. Para pelajar telah dipecahkan berdasarkan tahap kelayakan umur. 

Pecahan kumpulan adalah seperti berikut : 

Jurusan Seni Kraf Batik  
  • 15 orang pelajar : Produk kain 1 meter gabungan teknik batik terap & batik canting. 

Jurusan Seni Kraf Kayu
 

10 orang pelajar 

  • 5 orang pelajar : Produk penyangkut kunci teknik ukiran tebuk tembus bersilat.  
  • 5 orang pelajar : Produk bingkai kayu berukir teknik ukiran tebuk tembus bersilat. 

 
Jurusan Seni Kraf Logam (Advance Level) 

  • 10 orang pelajar : Produk loket teknik pembentukan barang kemas. 

 
Jurusan Seni Kraf Logam (Basic Level) 

  • 10 orang pelajar : Produk kutleri teknik pembentukan logam. 

 
Jurusan Seni Kraf Seramik 

  • 16 orang pelajar : Produk cawan teknik lingkaran. 

 
Jurusan Seni Kraf Rotan (Advance Level) 

  • 8 orang pelajar : Produk bangku mini teknik jalinan kerangka. 

 
Jurusan Seni Kraf Rotan (Basic Level) 

  • 14 orang pelajar : Produk bakul rotan teknik tiang dan anyam. 

 

Semoga program CCS ini dapat memberi ilmu kraf kepada para pelajar dan menjadi salah satu aktiviti tahunan SIS. Pihak IKN juga berterima kasih kepada SIS dalam menyokong dan melestarikan kraf ke arah pendidikan era baharu. 

Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio 


ccs rotan-2
ccs kayu-2
ccs rotan-4
ccs logam-2
ccs rotan-3
ccs rotan-7
ccs rotan-5
ccs rotan-6
ccs seramik-1
ccs baik-1
ccs kayu-1
ccs-kayu 4
ccs batik-2
ccs logam-1
ccs batik-3
ccs kayu-3
Ccs rotan1