Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja merupakan pertandingan berprestij dalam mencungkil bakat dan memberi pengiktirafan kepada artisan Tenun Pahang Diraja. Dinamakan sempena Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, pertandingan ini menjadi platform penting dalam mengangkat martabat warisan Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semangat dan kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kepada Tenun Pahang Diraja yang sekian lama menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan warisan Tenun Pahang sehingga tercetusnya idea Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja sekali gus bermatlamat melestari industri kraf tenunan yang mapan.
OBJEKTIF
- Mewujudkan Platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain Tenun Pahang Diraja yang berkualiti dan bermutu tinggi.
- Mencungkil bakat penenun yang kreatif dan inovatif untuk mencipta hasilan Tenun Pahang Diraja yang berestetika tinggi dari aspek rekaan, teknik dan kemahiran yang mempunyai nilai komersial.
- Mengangkat dan melestarikan budaya dan warisan seni kraf Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
TERMA dan SYARAT
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Penyertaan pertandingan ini dibuka secara individu atau berkumpulan yang tidak melebihi 3 orang ahli. Penyertaan produk mesti menerapkan NILAI WARISAN MALAYSIA, dalam aspek rekaan motif, wama, teknik, amalan budaya dan lain-lain yang bersesuaian.
- Penyertaan WAJIB menghasilkan KAIN SAMPING, TANJAK dan BENGKUNG mengikut spesifikasi di bawah:
- KAIN SAMPING berukuran: 100 inci panjang x 35 inci lebar (250 cm x 88 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Taliair.
- TANJAK berukuran: 35 inci panjang x 35 inci lebar (88 cm x 88 cm).
- BENGKUNG berukuran: 70 inci panjang x 5 inci lebar (175 cm x 12.5 cm).

- Penyertaan WAJIB menghasilkan produk menggunakan benang saiz 80 dan menggunakan aplikasi pewarnaan komersial atau pewarnaan asli (natural dyes). Penggunaan teknik ikat PAKAN harus diberi keutamaan di dalam menghasilkan produk.Markah bonus akan diberikan sekiranya menggunakan pewarnaan asli, double tied dan tenunan double weave.
- Penghasilan produk hendaklah menggunakan kaedah pembentukan tangan seperti yang termaktub dalam definisi kraf tangan yang digariskan oleh UNESCO. Penggunaan mesin tidak dibenarkan.
- Idea rekaan perlulah asli daripada peserta dan bukannya hasil tiruan. Waiau bagaimanapun, ilham inspirasi daripaaa produk sedia ada perlu pengesahan kebenaran.
- Perlindungan idea reka kraf (Akta Perlindungan Harta lntelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
- Produk tidak pernah menerima apa-apa anugerah sebelum ini atau memenangi pertandingan dalam dan luar negara.
- Pihak penganjur berhak melantik panel penilai bagi tujuan penilaian produk dan keputusan adalah muktamad. Borang yang tidak lengkap dikira GAGAL.
- Segala kos penyertaan, penghantaran dan pemulangan produk adalah di bawah tanggungan peserta dan bagi peserta yang tidak mendapat tempat dalam pertandingan boleh menuntut produk dalam masa 30 hari selepas pengumuman pemenang pertandingan akhir.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan termasuklah kos kerosakan atau kehilangan produk sebelum atau selepas penyertaan dan penghantaran produk.
- Sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
- Produk pemenang tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga adalah menjadi hak milik penganjur.
- Penganjur juga berhak menggunakannya bagi tujuan pemasaran dan publisiti pada masa hadapan di mana-mana media sosial.
- Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau membatalkan kemenangan sekiranya terdapat bukti pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
PROSEDUR PERTANDINGAN
- Setiap penyertaan perlu mempunyai :
- Tema
- Konsep
- Lukisan persembahan produk. Lukisan ini perlu dibuat di atas kertas A3
- Keterangan Produk (250-350 patah perkataan)
- Borang Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 22 Mei 2026.
- Penyertaan perlu menyiapkan produk mengikut tempoh yang ditetapkan. Tarikh hantar produk siap pada 15 Ogos 2026.
- Penilaian pertandingan produk berdasarkan kriteria berikut:
- Keaslian (Authenticity)
- Pertukangan (Craftmanship)
- Inovasi (Innovation)
- Persembahan (Presentation)
HADIAH PERTANDINGAN
Tempat Pertama RM30,000.00 berserta Piala & Sijil
Tempat Kedua RM20,000.00 berserta Piala & Sijil
Tempat Ketiga RM10,000.00 berserta Piala & Sijil
5 Hadiah Saguhati RM5,000.00 berserta Piala & Sijil
6 The Queen's Choice RM5,000.00 berserta Piala & Sijil
12 Hadiah Penghargaan RM3,000.00 berserta Piala & Sijil
Sila muat turun borang penyertaan dan emelkan kepada
Sila hantarkan borang penyertaan ini bersama konsep dan keterangan rekaan kepada :
URUS SETIA
Pertandingan Tenun Pahang Diraja Piala Tunku Azizah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Pahang
Lot 30850 Kampung Pandan II
Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu
26070 Kuantan, Pahang
Tel : 609 - 538 5677
Fax : 609 - 538 4528
Portal Rasmi : https://www.ikn.edu.my/pialatunkuazizah
ATAU e-mel kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pemberitahuan : Setiap penyertaan yang dihantar akan menerima e-mel / WhatsApp maklum balas
sebagai pengesahan penerimaan secara rasmi daripada urus setia. Sila pastikan
kesemua butir-butir Borang Penyertaan diisi dengan lengkap dan tepat dan peserta
boleh dihubungi sepanjang masa.
PERTANYAAN :
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
CAWANGAN PAHANG
NO TELEFON:
09 538 5677 / 4598