Skip to main content

Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Sasana International School (SIS) 2024

20 - 21 Jun 2024 & 24 - 25 Jun 2024 - Ini merupakan tahun ketiga SIS menyertai program CCS IKN. Kali pertama adalah pada tahun 2022. Modul Kemahiran Kraf selama 4 Hari yang membabitkan 5 jurusan telah dilaksanakan pada tahun ini. 

Seramai 83 orang pelajar yang berumur 15 hingga 17 tahun terlibat dalam modul ini. Para pelajar telah dipecahkan berdasarkan tahap kelayakan umur. 

Pecahan kumpulan adalah seperti berikut : 

Jurusan Seni Kraf Batik  
  • 15 orang pelajar : Produk kain 1 meter gabungan teknik batik terap & batik canting. 

Jurusan Seni Kraf Kayu
 

10 orang pelajar 

  • 5 orang pelajar : Produk penyangkut kunci teknik ukiran tebuk tembus bersilat.  
  • 5 orang pelajar : Produk bingkai kayu berukir teknik ukiran tebuk tembus bersilat. 

 
Jurusan Seni Kraf Logam (Advance Level) 

  • 10 orang pelajar : Produk loket teknik pembentukan barang kemas. 

 
Jurusan Seni Kraf Logam (Basic Level) 

  • 10 orang pelajar : Produk kutleri teknik pembentukan logam. 

 
Jurusan Seni Kraf Seramik 

  • 16 orang pelajar : Produk cawan teknik lingkaran. 

 
Jurusan Seni Kraf Rotan (Advance Level) 

  • 8 orang pelajar : Produk bangku mini teknik jalinan kerangka. 

 
Jurusan Seni Kraf Rotan (Basic Level) 

  • 14 orang pelajar : Produk bakul rotan teknik tiang dan anyam. 

 

Semoga program CCS ini dapat memberi ilmu kraf kepada para pelajar dan menjadi salah satu aktiviti tahunan SIS. Pihak IKN juga berterima kasih kepada SIS dalam menyokong dan melestarikan kraf ke arah pendidikan era baharu. 

Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio 


ccs baik-1
ccs logam-1
ccs batik-3
ccs rotan-5
ccs rotan-3
ccs logam-2
Ccs rotan1
ccs kayu-3
ccs rotan-6
ccs rotan-2
ccs kayu-1
ccs-kayu 4
ccs rotan-4
ccs rotan-7
ccs batik-2
ccs seramik-1
ccs kayu-2

Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Encik Mazuna Zainan 2024

28 Mei 2024 (Selasa) - CCS kali ini disertai pensyarah dari UPSI Tanjung Malim iaitu Encik Mazuna Zainan bersama isterinya. Modul CCS yang dipelajari adalah modul kemahiran kraf seramik 1 hari. Beliau berdua menghasilkan produk hiasan dinding modul teknik kepingan. Produk berukuran 6 inci x 6 inci ini mengambil masa selama 6 jam untuk disiapkan.  Keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan pengalaman baharu dan ingin menyertai modul CCS bidang lain pula pada masa akan datang. 

Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio

ccs seramik-3a
ccs seramik-2
ccs seramik-5a
ccs seramik-6a
ccs seramik-1a
ccs seramik-4a


Program Apresiasi Kraf Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024

Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024, Pusat Kecemerlangan Kraf, Institut Kraf Negara telah menganjurkan Apresiasi Kraf 2024 : “Pengekalan Warisan Pengukuhan Jati diri.”  Bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Apresiasi Kraf yang diadakan bermula 23 Februari 2024 hingga 4 Mac 2024. 

 

 Apresiasi Kraf 2024 kali ini membincangkan  tajuk-tajuk: 

 

  • Lilin Sejuk Penyambung Seni Warisan Batik 
  • Kelestarian Teknik Pintalan Dawai (Filigree) dalam Penghasilan Produk Barang Kemas 
  • Teknik Tanggam dan Pasak Melayu dalam Penghasilan Perabot 
  • Aplikasi Ikat Pakan dalam Tenunan Kontemporari 
  • Penerapan Elemen Tradisi Dan Budaya dalam Kraf Seramik Kontemporari Malaysia 
  • Teknik Anyaman dalam Penghasilan Produk Kraf Rotan Tradisional dan Kontemporari 

 

Program ini merupakan perkongsian  ilmu  yang mengumpulkan ahli akademik, pakar seni kraf, pemain industri dan pelajar untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam kemahiran kraf di Malaysia. Panel-panel jemputan seperti   En. Norhaiza Bin Nordin-Tokoh Kraf Negara, En. Wan Manang Bin Wan Awang-Adiguru Kraf Songket, En Ishak Bin Kasim-Adiguru Kraf Rotan, Dr Shamsu Bin Mohamad-Syarikat Sila Studio,  Prof.Madya Abu Bakar Bin Sabran-Mantan Pensyarah UPSI, En Danuri Bin Sakijan-Syarikat Desa Alam Batik dan En Jamalias Bin Ismail-Syarikat Pasak Seni Ukiran Melayu. 

Pusat Kecemerlangan Kraf  berterima kasih diatas penglibatan penyertaan peserta daripada IPTA, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Agensi-agensi Kerajaan, Usahawan Kraf, Pemain Industri Kraf dan orang awam.  

Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf diadalam enam jurusan-Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan dan Seramik. Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan. 

COE HKK2024 06
COE HKK2024 08
COE HKK2024 03
COE HKK2024 12
COE HKK2024 01
COE HKK2024 10
COE HKK2024 13
COE HKK2024 05
COE HKK2024 07
COE HKK2024 02
COE HKK2024 09
COE HKK2024 15
COE HKK2024 11
COE HKK2024 04
COE HKK2024 14

Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan (KTK) 2024

8 Februari 2024 (Khamis) - Program Creative Craft Studio (CCS) ke dua telah dilaksanakan bersama Kolej Tunku Kurshiah (KTK) Negeri Sembilan. Modul Kemahiran Kraf Seramik 4 jam adalah modul khas yang dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian KTK.  Seramai 15 orang pelajar dan 3 orang pensyarah terlibat di dalam modul penghasilan produk mangkuk tanah liat teknik coiling. Para peserta dapat merasa pengalaman terus melalui ketelitian, kesabaran dan kreativiti dalam menghasilkan produk kraf seramik .  Tahniah juga kepada peserta yang berjaya menyiapkan produk dalam jangka masa empat jam sahaja. 

Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio


IMG-20240208-WA0124
IMG-20240208-WA0121
IMG-20240208-WA0125
IMG-20240208-WA0118
IMG-20240208-WA0126
IMG-20240208-WA0123
IMG-20240208-WA0119
IMG-20240208-WA0120
IMG-20240208-WA0122

Program “Creative Craft Studio” (CCS) First City University College (FCUC) 2024

Aktiviti pertama program Creative Craft Studio (CCS) 2024 adalah Kraf Batik Canting 7 jam bersama First City University College (FCUC).   Program ini telah dijalankan pada 6 Februari 2024 yang lalu. Modul ini dibangunkan setelah perbincangan dibuat bagi memenuhi keperluan peserta. Seramai 6 orang pelajar dan 2 orang pensyarah telah terlibat di dalam modul khas yang merangkumi asas penggunaan alat canting dan proses penghasilan produk skaf batik berukuran 1 meter.  Produk-produk ini dihasilkan mengikut kreativiti tersendiri. Para pelajar didedahkan dengan  pengalaman secara terus untuk menghasilkan sendiri produk batik lukis canting dalam waktu yang singkat. Aturan setiap proses serta “dos and donts” turut didedahkan kepada pelajar.  

 Hubungi kami untuk program Creative Craft Studio

WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.26 d5ffc3eb
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.29 c24d05e5
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.27 befcc448
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.28 22adc946
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.27 2086b330
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.27 d2ed8eaf
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.28 f9f87ec1
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.28 42536268
WhatsApp Image 2024-04-16 at 11.16.27 95d77366

Program “Creative Craft Studio” (CCS) Bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) 2023

10 Februari 2023 (Jumaat) - Berlangsung aktiviti Program Kembara Seni Dan Budaya 2023 melalui Program Creative Craft Studio (CCS) Modul 3 jam bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Program ini melibatkan seramai 41 orang pelajar dan 2 orang penyarah. Pelajar - pelajar ini adalah merupakan bakal - bakal guru. Aktiviti ini telah berjalan hanya selama 3 jam yang melibatkan 6 Jurusan (Batik, Tenunan, Logam, Seramik, Kayu & Rotan). Pecahan kumpulan telah dibahagikan mengikut kesesuaian peserta. Pecahan kumpulan adalah seperti berikut :

BIL

JURUSAN SENI KRAF

KUANTITI

PESERTA

AKTIVITI

1.

Batik

7

Penghasilan Produk :

T-Shirt Batik (Ikat & Celup)

2.

Tenunan

7

Penghasilan Produk :

Hiasan Dinding (Tapestry)

3.

Logam

7

Penghasilan Produk :

Bingkai Gambar (Copper Tooling)

4.

Seramik

7

Penghasilan Produk :

Mangkuk Hiasan (Acuan)

5.

Kayu

6

Penghasilan Produk :

Penyangkut Kunci (Ukiran)

6.

Rotan

7

Penghasilan Produk :

Bakul Buah (Tiang & Anyam)

 

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada generasi muda yang bakal bergelar guru dan secara tidak langsung dapat menyebarkan ilmu serta mendidik generasi akan datang tentang seni warisan kraf.

DSC00870 Edited
DSC00878 Edited
IMG 0668 Edited
DSC00931 Edited
DSC00867 Edited
DSC00885 Edited
DSC00900 Edited

Lawatan dan Program CCS Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) Bersama Persatuan Orang Asli Batang padang (PEROABP)

22 Mac 2023 - Hasil perbincangan bersama semasa Hari Kraf Kebangsaan 2023 yang melibatkan En Noorizal Ramly Ketua Pusat Kecemerlangan Kraf bersama Prof Madya  Dr Lau Wei Hong dari UPM berkaitan  program Creative Craft Studio (CCS) bidang Rotan dan bidang Batik. Pihak Institut Kraf Negara telah menerima lawatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama dengan Persatuan Orang Asli Batang Padang (PEROABP) dan Persatuan Ikatan Komuniti Selamat. Seramai 2 orang Pensyarah dan 15 Orang dari PEROABP telah dibawa melawat ke bengkel 6 Jurusan Seni Kraf. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Komuniti Pribumi tentang Program dan Latihan Kraf yang ditawarkan di Institut Kraf Negara. Ianya juga merupakan salah satu aktiviti susulan di bawah Program Konservasi Tenggiling di UPM dan Projek UNDP "Empowerment of Batang Padang Semai Tribe Community in Pangolin Conservation Leadership". Seramai 8 orang ahli PEROABP telah mengikuti program CCS Batik dan 7 orang CCS Rotan.


UPM3
UPM1
UPM2
UPM5
UPM6
UPM4

Lawatan dan Program CCS Bersama Associated Country Women of the World (ACWW)

28 Mei 2023 – ACWW telah mengadakan persidangan di Kuala Lumpur Malaysia pada 17-25 Mei 2023. Program  ACWW Triennial World Conference ini turut melibatkan lawatan ke beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.  Institut Kraf Negara (IKN) telah dipilih sebagai satu destinasi lawatan yang diadakan semasa persidangan ini.  Seramai 117 perserta perlbagai negara telah melawat IKN dan terliibat di dalam program CCS yang melibatkan 6 jurusan.


JK1
ACWW TENUN 2
SR2
ACWW BATIK 2
JK5
L4
ACWW BATIK 4
R4
SR4
R1
L2
ACWW TENUN 1