Skip to main content

Arkib

Mengenai Pusat Kecemerlangan Kraf 1

Pusat Kecemerlangan Kraf (PKK) @ Centre of Excellent (CoE)

Pusat Kecemerlangan Kraf adalah satu unit yang berfalsafah untuk menjadikan Institut Kraf Negara itu sebagai satu hub rujukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi kraf.  Selaras dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kraf berlandaskan tiga teras utama dalam melaksanakan program-program di bawahnya:

  1. Perkembangan dan Pentahapan Ilmu
  2. Peningkatan Kemahiran Teknikal dan Industri
  3. Pentahapan Kemahiran Kreativiti


Program-program di dalam dan di luar negara seperti seminar, simposium, bengkel, penganjuran dan penyertaan pertandingan, dan peningkatan kemahiran teknikal dan professional kakitangan merupakan antara intipati aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah tiga teras utama.

Pusat Kecemerlangan Kraf IKN turut mengadakan program kerjasama dengan beberapa pihak luar di dalam dan di luar negara dalam perlaksanakan programnya.  British Council Malaysia, British Council Thailand, South Eastern Regional College, Pemain Industri Kraf dan Kreatif, Institusi Pendididkan Awam dan Swasta (UiTM, UIA dan lain-lain) adalah antara kerjasama yang pernah dijalankan bersama.

Sebagai menyokong kepada usaha “Pembelajaran Sepanjang Hayat”, Pusat Kecemerlangan Kraf turut menyediakan program Studio Kraf Kreatif (SKK) @ Creative Craft Studio (CCS) yang menawarkan pembelajaran kraf di dalam enam jurusan – Batik, Tenunan, Logam, Kayu, Rotan, dan Seramik.

Setiap Jurusan menawarkan tiga jenis modul:

  1. Modul 4 jam – 1 Hari
  2. Modul 3 Hari
  3. Modul 6 Hari


Program CCS turut menawarkan modul yang boleh disesuaikan kepada permintaan pengguna tertakluk kepada perbincangan lanjut.



Pusat Kecemerlangan Kraf berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan program-program yang berkaitan.  Sekiranya berminat, sila hubungi;

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

atau

Encik Noorizal Ramly  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6016 626 7244

Encik Azhar Ismail This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6017 636 4287 

Puan Nik Siti Dalila Nik Ariff  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. +6013 914 3121

Penafian

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Pengurusan Kanan

  • YBrs. Encik Shamsul Azizi bin Samsudin

    Pengarah Kanan

    Institut Kraf Negara
  • YBrs. Encik Sohibul Azri Bin Ahmad

    Pengarah

    Seksyen Akademik Dan Kemahiran Kraf
    Institut Kraf Negara
  • Noor Azahliza binti Ramli

    Pendaftar

    Seksyen Pengurusan Dan Perkhidmatan
    Institut Kraf Negara

Penyewaan Dewan Cindai


Kalendar tempahan Dewan Cindai




Proses tempahan serta Terma dan Syarat

1. Kadar Sewaan
    Dewan Cindai = RM4,000.00 (Sehari)
    8.00 pagi hingga 5.00 petang

 2 Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari tiga ( 3 ) bulan dari tarikh sewaan.

 3 Deposit Tempahan dan kebersihan / kerosakkan dewan – RM1,000.00
    3.1 Deposit tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan.
    3.2 Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya penyewa tidak membersihkan kotoran atau mengemaskan kelengkapan / peralatan pada masa yang ditetapkan. 
    3.3 Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya penyewa merosakkan kemudahan / peralatan Institut Kraf Negara dan penyewa perlu membayar pada nilai kerosakan yang akan ditetapkan. 

4 Kaedah pembayaran
   4.1 Deposit tempahan dan kebersihan / kerosakkan – bayaran hendaklah dibuat secara tunai kepada unit kewangan Institut Kraf Negara.
   4.2 Bayaran sewaan dewan boleh dibuat secara tunai atas nama Institut Kraf Negara atau  secara atas talian (online) nama akaun INSTITUT KRAF NEGARA No Akaun MAYBANK BERHAD 512017219744. Sila serahkan resit bukti bayaran kepada pegawai penyelaras.

5 Larangan sewa atas sewa
   5.1 Peyewa tidak dibenar menyewakan premis sewaan kepada pihak ketiga. Deposit tidak akan dikembalikan jika pekara ini berlaku.

6 Larangan membawa keluar kelengkapan dan peralatan
   6.1 Segala kelengkapan dan peralatan di premis sewaan tidak boleh dirosakkan atau dihilangkan atau dibawa keluar dari premis sewaan. Deposit kebersihan / kerosakkan tidak akan dipulangkan jika pekara ini berlaku.

7 Larangan mengadakan aktiviti yang menyalahi undang – undang Negara dan yang diharamkan oleh Agama Islam.
   7.1 Aktiviti-aktiviti di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati perkara ini berlaku, maka deposit tempahan tidak akan dikembalikan dan akan dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa.

8 Penggunaan ‘ Panel Katerer ’
   8.1 Penyewa wajib menggunakan panel katerer yang dilantik oleh Institut Kraf Negara sahaja.

9 Senarai panel katerer yang berdaftar di Institut Kraf Negara seperti berikut :-
1. GZAM CATERING -  No Tel : +60173998454
2. JUTA RASA CATERING - No Tel : +60199583199
3. PAK TAM KATERING SDN BHD - No Tel : +60193853222
4. WARISAN BAIDURI -  No Tel : +60126204612

10 Pindaan peraturan
    10.1 Institut Kraf Negara berhak meminda sebarang peraturan yang tertera tanpa perlu memberi notis.

Pegawai untuk dihubungi

Encik Mohd Zaaim bin Haji Mohd Jamili
No Telefon : 018-2391818
Whatapps : https://dewancindai.wasap.my

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kraftangan Malaysia, agensi peneraju dalam kecemerlangan dan pembangunan industri kraf negara agar kekal mampan dan berdaya saing di peringkat global. Kraftangan Malaysia juga merupakan agensi unggul yang bertanggungjawab mengkomersialkan produk kraf melalui pembangunan pemasaran, dan keusahawanan.

Pembangunan portal kraf ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam mempelbagaikan media komunikasi utama sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan seharian. Portal yang menampilkan paparan yang padu dan komprehensif, berinformasi dan mesra pengguna ini berfungsi sebagai platform pelbagai capaian maklumat mengenai program, aktiviti dan bahan ilmiah kraf. Ia juga merupakan pintu gerbang kepada sistem atas talian yang menyumbang kepada kemajuan industri kraf negara.

Sebagai sebuah agensi yang mengamalkan dasar ketelusan dan keterbukaan, komitmen kami adalah untuk sentiasa berusaha untuk berkongsi maklumat terkini dan input yang dinamik kepada orang ramai. Sebarang perkongsian maklumbalas, cadangan dan pertanyaan boleh diemelkan kepada  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Akhir kata, saya amat berharap agar portal ini menjadi sumber rujukan yang senantiasa relevan dan menjadi platform perkongsian ilmu kepada sesiapa sahaja yang melayarinya. Semoga portal rasmi ini dapat memberi pelbagai manfaat demi kepentingan bersama terutamanya dalam memartabatkan industri kraf negara. Selamat melayari portal Kraftangan Malaysia.

Sekian, terima kasih

YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali

Ketua Pengarah,
Kraftangan Malaysia

Perutusan Pengarah Kanan

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman web Institut Kraf Negara (IKN).

Dalam peredaran dunia yang semakin canggih dan dinamik, kita tidak seharusnya melupakan warisan dan budaya bagi memantapkan jati diri bangsa. Sebagai salah sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan perintis dalam mengekalkan warisan kraf negara, IKN mengambil langkah untuk melahirkan para graduan yang berkemahiran dan berilmu dalam mewarisi dan mengekalkan warisan budaya turun temurun disulami dengan kemahiran teknologi.

Institut Kraf Negara yang telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2001, memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf. Konsep pendidikan di IKN memberi penekanan 70% dalam aspek kemahiran dan 30% dalam bidang akademik. IKN menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dan Sijil secara sepenuh masa dalam enam (6) bidang iaitu seni kraf batik, tenunan, seramik, kayu, rotan dan logam.

Bagi memastikan IKN berjalan mengikut landasan yang ditetapkan, usaha secara berterusan dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap pembelajaran ilmu kraf disamping melahirkan para graduan yang berkualiti, berinovasi, berteknologi tinggi dan berdaya saing. Pelajar-pelajar IKN yang dianugerahkan Diploma dan Sijil juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang lain. IKN juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan kraf yang berilmu, berpendidikan tinggi serta dapat memelihara dan memulihara seni kraf secara terancang, seterusnya memastikan kesinambungan kemahiran seni kraftangan diwarisi generasi akan datang.

Menerusi kepakaran barisan tenaga pengajar kraf yang profesional serta terlatih dan tenaga pengajar jemputan dari Institut Pengajian Tinggi Awam, IKN mampu menjadi hab pendidikan kraf yang dominan.

Maklumat lanjut mengenai program yang kami tawarkan di IKN terdapat di dalam laman web kami. Sila layarinya untuk mendapatkan program-program pilihan anda. Semoga laman web yang direka bentuk ini memudahkan para pengunjung mengenali IKN dengan lebih dekat lagi dan seterusnya memberi peluang untuk meneroka dan membangunkan potensi diri bagi merealisasikan impian anda dalam bidang kraf.

Akhir kata, selamat melayari laman web kami.

Encik Shamsul Azizi bin Samsudin

Pengarah Kanan,
Institut Kraf Negara

Piala Tunku Azizah


Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja merupakan pertandingan berprestij dalam mencungkil bakat dan memberi pengiktirafan kepada artisan Tenun Pahang Diraja. Dinamakan sempena Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah binti Almarhum Sultan lskandar AI-Haj, Piala Tunku Azizah ini menjadi platform penting dalam mengangkat martabat warisan Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Semangat dan kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kepada Tenun Pahang Diraja yang sekian lama menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan warisan Tenun Pahang sehingga tercetusnya idea Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja sekali gus bermatlamat melestari industri kraf tenunan yang mapan.


OBJEKTIF

  1. Mewujudkan Platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain Tenun Pahang Diraja yang berkualiti dan bermutu tinggi.
  2. Mencungkil bakat penenun yang kreatif dan inovatif untuk mencipta hasilan Tenun Pahang Diraja yang berestetika tinggi dari aspek rekaan, teknik dan kemahiran yang mempunyai nilai komersial.
  3. Mengangkat dan melestarikan budaya dan warisan seni kraf Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

TERMA dan SYARAT

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Penyertaan pertandingan ini dibuka secara individu atau berkumpulan yang tidak melebihi 3 orang ahli. Penyertaan produk mesti menerapkan NILAI WARISAN MALAYSIA, dalam aspek rekaan motif, wama, teknik, amalan budaya dan lain-lain yang bersesuaian.
  3. Penyertaan WAJIB menghasilkan KAIN SAMPING dan SARUNG CORAK BERAGI mengikut spesifikasi di bawah:
    1. KAIN SAMPING CORAK BERAGI berukuran: 100 inci panjang x 38 inci lebar (250 cm x 96 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Kaki Kain
    2. KAIN SARUNG CORAK BERAGI berukuran: 80 inci panjang x 42 inci lebar (205 cm x 106 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Kaki Kain.
  4. Penghasilan produk hendaklah menggunakan kaedah pembentukan tangan seperti yang termaktub dalam definisi kraf tangan yang digariskan oleh UNESCO. Penggunaan mesin tidak dibenarkan.
  5. Idea rekaan perlulah asli daripada peserta dan bukannya hasil tiruan. Waiau bagaimanapun, ilham inspirasi daripaaa produk sedia ada perlu pengesahan kebenaran.
  6. Perlindungan idea reka kraf (Akta Perlindungan Harta lntelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  7. Produk tidak pernah menerima apa-apa anugerah sebelum ini atau memenangi pertandingan dalam dan luar negara.
  8. Pihak penganjur berhak melantik panel penilai bagi tujuan penilaian produk dan keputusan adalah muktamad. Borang yang tidak lengkap dikira GAGAL.
  9. Segala kos penyertaan, penghantaran dan pemulangan produk adalah di bawah tanggungan peserta dan bagi peserta yang tidak mendapat tempat dalam pertandingan boleh menuntut produk dalam masa 30 hari selepas pengumuman pemenang pertandingan akhir.
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan termasuklah kos kerosakan atau kehilangan produk sebelum atau selepas penyertaan dan penghantaran produk.
  11. Sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
  12. Produk pemenang tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga adalah menjadi hak milik penganjur.
  13. Penganjur juga berhak menggunakannya bagi tujuan pemasaran dan publisiti pada masa hadapan di mana-mana media sosial.
  14. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau membatalkan kemenangan sekiranya terdapat bukti pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

PROSEDUR PERTANDINGAN

PERINGKAT SARINGAN

  1. Setiap penyertaan perlu mempunyai :
    1. Keterangan produk (350-500 patah perkataan)
      1. Tema
      2. Konsep
    2. Lukisan persembahan produk. Lukisan ini perlu dibuat di atas kertas A3
  2. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 30 April 2025.
  3. Peringkat saringan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
    1. Kecemerlangan (Excellence)
    2. Warisan (Heritage)
    3. Komersil (Commercial)
    4. Persembahan (Presentation)

PERINGKAT AKHIR

  1. Hanya dua puluh (20) penyertaan yang melepasi penilaian di peringkat saringan akan dipilih ke peringkat akhir.
  2. Penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir perlu menyiapkan produk mengikut tempoh yang ditetapkan. Tarikh hantar produk siap pada
    18 Ogos 2025
    . Urus setia akan menghubungi peserta yang layak ke peringkat akhir.
  3. Peringkat akhir akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
    1. Keaslian (Authenticity)
    2. Pertukangan (Craftmanship)
    3. lnovasi (Innovation)
    4. Pembentangan (Presentation)

HADIAH PERTANDINGAN

TEMPAT PERTAMA RM30,000.00 berserta Piala & Sijil
TEMPAT KEDUA RM20,000.00 berserta Piala & Sijil
TEMPAT KETIGA RM10,000.00 berserta Piala & Sijil
LIMA HADIAH SAGU HATI RM3,000.00 berserta Piala & Sijil

Setiap penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan.

Sila muat turun borang penyertaan dan emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Sila hantarkan borang penyertaan ini bersama konsep dan keterangan rekaan kepada :

URUS SETIA
Piala Tunku Azizah
Pertandingan Tenun Pahang Diraja

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Pahang
Lot 30850 Kampung Pandan II
Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu
26070 Kuantan, Pahang

Tel : 609 - 538 5677
Fax : 609 - 538 4528

Portal Rasmi : https://www.ikn.edu.my/pialatunkuazizah

ATAU e-mel kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Setiap penyertaan yang dihantar akan menerima emel balasan sebagai pengesahan penerimaan secara rasmi daripada urus setia.

Pemberitahuan : Walaupun segala usaha akan dibuat untuk menghubungi peserta Pusingan Pertama dan peserta Pusingan Kedua pada atau sebelum tarikh yang dijadualkan, penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan menghubungi peserta. Sila pastikan kesemua butir-butir Borang Penyertaan diisi dengan lengkap dan tepat dan peserta boleh dihubungi sepanjang masa.

PERTANYAAN :

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :
Encik Juhari bin Azmi : 012-429 2549
Cik Zurainah binti Umor : 017-349 4209


BORANG PENYERTAAN PIALA TUNKU AZIZAH

Piala Tunku Azizah 2026


Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja merupakan pertandingan  berprestij dalam mencungkil bakat dan memberi pengiktirafan kepada artisan Tenun Pahang Diraja. Dinamakan sempena Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, pertandingan ini menjadi platform penting dalam mengangkat martabat warisan Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Semangat dan kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang kepada Tenun Pahang Diraja yang sekian lama menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan warisan Tenun Pahang sehingga tercetusnya idea Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja   sekali gus bermatlamat melestari industri kraf tenunan yang mapan.


OBJEKTIF

  1. Mewujudkan Platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain Tenun Pahang Diraja yang berkualiti dan bermutu tinggi.
  2. Mencungkil bakat penenun yang kreatif dan inovatif untuk mencipta hasilan Tenun Pahang Diraja yang berestetika tinggi dari aspek rekaan, teknik dan kemahiran yang mempunyai nilai komersial.
  3. Mengangkat dan melestarikan budaya dan warisan seni kraf Tenun Pahang Diraja ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

TERMA dan SYARAT

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Penyertaan pertandingan ini dibuka secara individu atau berkumpulan yang tidak melebihi 3 orang ahli. Penyertaan produk mesti menerapkan NILAI WARISAN MALAYSIA, dalam aspek rekaan motif, wama, teknik, amalan budaya dan lain-lain yang bersesuaian.
  3. Penyertaan WAJIB menghasilkan KAIN SAMPING, TANJAK dan BENGKUNG mengikut spesifikasi di bawah:
    1. KAIN SAMPING berukuran: 100 inci panjang x 35 inci lebar (250 cm x 88 cm) yang mempunyai Badan Kain, Kepala Kain dan Taliair.
    2. TANJAK berukuran: 35 inci panjang x 35 inci lebar (88 cm x 88 cm).
    3. BENGKUNG berukuran: 70 inci panjang x 5 inci lebar (175 cm x 12.5 cm).
  4. Penyertaan WAJIB menghasilkan produk menggunakan benang saiz 80 dan menggunakan aplikasi pewarnaan komersial atau pewarnaan asli (natural dyes). Penggunaan teknik ikat PAKAN harus diberi keutamaan di dalam menghasilkan produk.Markah bonus akan diberikan sekiranya menggunakan pewarnaan asli, double tied dan tenunan double weave.
  5. Penghasilan produk hendaklah menggunakan kaedah pembentukan tangan seperti yang termaktub dalam definisi kraf tangan yang digariskan oleh UNESCO. Penggunaan mesin tidak dibenarkan.
  6. Idea rekaan perlulah asli daripada peserta dan bukannya hasil tiruan. Waiau bagaimanapun, ilham inspirasi daripaaa produk sedia ada perlu pengesahan kebenaran.
  7. Perlindungan idea reka kraf (Akta Perlindungan Harta lntelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  8. Produk tidak pernah menerima apa-apa anugerah sebelum ini atau memenangi pertandingan dalam dan luar negara.
  9. Pihak penganjur berhak melantik panel penilai bagi tujuan penilaian produk dan keputusan adalah muktamad. Borang yang tidak lengkap dikira GAGAL.
  10. Segala kos penyertaan, penghantaran dan pemulangan produk adalah di bawah tanggungan peserta dan bagi peserta yang tidak mendapat tempat dalam pertandingan boleh menuntut produk dalam masa 30 hari selepas pengumuman pemenang pertandingan akhir.
  11. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan termasuklah kos kerosakan atau kehilangan produk sebelum atau selepas penyertaan dan penghantaran produk.
  12. Sebarang ganti rugi tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.
  13. Produk pemenang tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga adalah menjadi hak milik penganjur.
  14. Penganjur juga berhak menggunakannya bagi tujuan pemasaran dan publisiti pada masa hadapan di mana-mana media sosial.
  15. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan atau membatalkan kemenangan sekiranya terdapat bukti pelanggaran syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

PROSEDUR PERTANDINGAN

  1. Setiap penyertaan perlu mempunyai :
    1. Tema
    2. Konsep
    3. Lukisan persembahan produk. Lukisan ini perlu dibuat di atas kertas A3
    4. Keterangan Produk (250-350 patah perkataan)
  2. Borang Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 22 Mei 2026.
  3. Penyertaan perlu menyiapkan produk mengikut tempoh yang ditetapkan. Tarikh hantar produk siap pada 15 Ogos 2026.
  4. Penilaian pertandingan produk berdasarkan kriteria berikut:
    1. Keaslian (Authenticity)
    2. Pertukangan (Craftmanship)
    3. Inovasi (Innovation)
    4. Persembahan (Presentation)

    HADIAH PERTANDINGAN

    Tempat Pertama RM30,000.00 berserta Piala & Sijil
    Tempat Kedua RM20,000.00 berserta Piala & Sijil
    Tempat Ketiga RM10,000.00 berserta Piala & Sijil
    5 Hadiah Saguhati RM5,000.00 berserta Piala & Sijil
    6 The Queen's Choice RM5,000.00 berserta Piala & Sijil
    12 Hadiah Penghargaan RM3,000.00 berserta Piala & Sijil


    Sila muat turun borang penyertaan dan emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


    Sila hantarkan borang penyertaan ini bersama konsep dan keterangan rekaan kepada :

    URUS SETIA
    Pertandingan Tenun Pahang Diraja Piala Tunku Azizah

    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
    Cawangan Pahang
    Lot 30850 Kampung Pandan II
    Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu
    26070 Kuantan, Pahang

    Tel : 609 - 538 5677
    Fax : 609 - 538 4528

    Portal Rasmi : https://www.ikn.edu.my/pialatunkuazizah

    ATAU e-mel kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pemberitahuan : Setiap penyertaan yang dihantar akan menerima e-mel / WhatsApp maklum balas
    sebagai pengesahan penerimaan secara rasmi daripada urus setia. Sila pastikan
    kesemua butir-butir Borang Penyertaan diisi dengan lengkap dan tepat dan peserta
    boleh dihubungi sepanjang masa.

    PERTANYAAN :

    Sebarang pertanyaan sila hubungi :
    PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
    CAWANGAN PAHANG
    NO TELEFON:

    09 538 5677 / 4598


    MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN