Berita Terkini
22 September 2023
Program 'Self-Discovery Workshop'
Pada 20 September 2023, Institut Kraf Negara telah menjadi lokasi penganjuran program 'Self-Discovery Workshop' anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) bersama-sama pelajar SMK Rawang dan SMK Tun Perak. Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat jati diri pelajar dan juga memberikan pendedahan Technical and Vocational Education Training (TVET) kepada belia khususnya pelajar sekolah tingkatan 4 & 5. Pelajar yang layak dan berpotensi akan ditaja oleh YRMS untuk menyambung pengajian.
Antara pengisian program, peserta diberi pendedahan berkaitan Institut Kraf Negara yang disampaikan oleh Puan Nur Nabila Huda binti Nadzir Kaunselor dari Unit Hal Ehwal Pelajar IKN. Peserta juga berpeluang mewarna batik canting dan membuat ukiran kayu pada penyangkut kunci. Salah seorang pelajar Diploma daripada Jurusan Logam iaitu Haziq Iskandar bin Sailor yang juga merupakan salah seorang penerima tajaan daripada YRMS turut berkongsi pengalaman bersama peserta.
Majlis penutup program ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Syazwan b Mohd Daut, Pengurus YRMS dan Puan Maizatul Hasniah binti Hasan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.