Berita Terkini
15 September 2023
Program Inspirasi Industri
Pada 12 September 2023, Jurusan Seni Kraf Seramik, Institut Kraf Negara telah mengadakan program ”Inspirasi Industri” di Bandaraya Sejarah iaitu Negeri Melaka. Lawatan ini disertai 11 orang pelajar dan 4 orang kakitangan IKN yang diketuai oleh Encik Zulizuwan bin Zolkepli . Antara lokasi yang dilawati adalah Kompleks Kraf Melaka, Sunabah Ceramic dan Zen Ceramic.
Pemilihan lokasi ini adalah bertemakan Eksplorasi Kraf, Kraf Uniti dan Fundamental Kraf. Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari segi keusahawanan dan percambahan idea bagi pembelajaran Pdp semester baharu. Di samping itu, pelajar akan dapat mengaplikasikan tema dan subjek kajian pada pembuatan dan reka corak seramik.