Skip to main content

Berita Terkini

01 Mac 2024

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

29 Februari 2024 I Khamis

Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya. Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk `Ainu Sham Binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Dalam majlis ini telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kraftangan Malaysia dengan Kaifiyyah Pte. Ltd. dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Institut Kraf Negara dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Antara IPT yang terlibat adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

04
02
12
16
05
03
08
13
14
07
09
06
11
15
01
10