Berita Terkini
31 Disember 2024
Kursus Penggunaan Microsoft Teams For Education
Sekitar Kursus Microsoft Teams for Education Sesi 1 (16 Disember 2024- 17 Disember 2024), Sesi 2 (18 Disember 2024 - 19 Disember 2024) dan sesi 3 (30 Disember 2024 - 31 Disember 2024) yang dianjurkan oleh Institut Kraf Negara (IKN) dengan kerjasama Syarikat Content Capital Sdn Bhd pada 16 dan 17 Disember 2024, bertempat di IKN disertai oleh tenaga pengajar Kampus Induk IKN Rawang, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) dan Kampus Satelit IKN Sabah serta Sarawak.
Kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada tenaga pengajar IKN dalam mengendalikan platform Blended Learning berasaskan Microsoft Teams for Education iaitu pembelajaran kendiri yang berkonsepkan pembelajaran atas daya usaha sendiri sama ada secara bersemuka atau tidak bersemuka kepada pelajar ke arah transformasi digital.