Skip to main content

Berita Terkini

22 Disember 2023

IKN @ Festival Kraf Johor 2023

FESTIVAL KRAF JOHOR 2023 | 21/12/2023

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) hari ini mengadakan Sesi Walkabout Festival Kraf Johor (FKJ) 2023 bertempat di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall.

Sesi ini dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan `Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Melalui sesi ini, Yang Berusaha Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff sempat singgah di Pavilion IKN melawat Pameran Produk Alumni dan Pelajar IKN serta mencuba interaktif kraf rotan.

FKJ 2023 mengetengahkan aktiviti seperti Jualan Kraf, Pameran ‘Ini Kraf Malaysia’, Pameran Institut Kraf Negara, Pameran Adiguru Kraf 2023, Interaktif Kraf dan Pameran MYCRAFTSHOPPE. Penganjuran kali ini menfokuskan kepada keunikan seni kraf pertukangan kayu seperti seperti tebar layar, kekisi tingkap dan panel dinding, wakaf, gazebo, pergola dan perabut menerusi aktiviti Pameran Hiasan Seni Bina, Laman dan Taman.

Selain pameran, turut diadakan Demonstrasi Kraf mengenai ukiran kayu dengan penglibatan Encik Abd Muhaimin Hasbollah (Adiguru Kraf Kayu 2019) Encik A.Samri A/L Abdul Rahman (Adiguru Kraf Ukiran Patung Mah Meri 2021) serta Encik Norhaiza Noordin (Tokoh Kraf Negara 2022)

FKJ 2023 juga mengetengahkan Aktiviti Galakan Pengunjung yang merangkumi Persembahan Kesenian, Pertandingan (Pop Yeh Yeh Cilik, Gasing Ligat, Glam Kebaya Batik Malaysia dan Mewarna Batik Kanak- Kanak) dan Aktiviti Tarikan FKJ (FKJ Stylo Stylista, Bual Bicara@FKJ, Senam Tari Batik Malaysia dan Hari Berbusana Malaysia).


01
03
10
12
05
06
02
04
07
09
08
11